Kepulangan Lufthansa Ke KLIA Perluas Akses Malaysia Ke Hab Eropah

 


IMG_9201

Penerbangan sulung Lufthansa dari Frankfurt ke Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 26 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Kepulangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa berpangkalan di Frankfurt ke Kuala Lumpur selepas terputus hampir sedekad, sekali gus membuka semula laluan udara secara terus antara Malaysia dengan hab penerbangan utama Eropah itu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kepulangan Lufthansa itu juga bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026–2027 yang menyasarkan peningkatan ketibaan pelawat antarabangsa menerusi pengukuhan hubungan udara dan akses ke pasaran pelancongan utama dunia.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Lufthansa atas pencapaian penting ini serta menghargai keyakinan berterusan syarikat penerbangan itu terhadap pasaran Malaysia.

Penerbangan sulung Lufthansa dari Frankfurt ke Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 26 Oktober 2026. Foto KLIA

“Perkhidmatan baharu ini mengukuhkan hubungan antara Malaysia, Jerman dan pasaran Eropah yang lebih luas, selain membuka lebih banyak peluang dalam pelancongan serta perniagaan,” katanya.

Teks ucapan King Sing sempena majlis menyambut penerbangan sulung Lufthansa dari Frankfurt ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini hari ini, dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man.

“Malaysia menerima 42.2 juta pelawat pada tahun lalu, meningkat 11.16 peratus berbanding tahun sebelumnya dan kita berhasrat meneruskan momentum positif itu dengan memperkukuh kehadiran dalam pasaran Eropah.

“Bagi tahun ini, bermula Januari hingga Ogos, Malaysia merekodkan 1.18 juta pelawat dari Eropah, meningkat 1.2 peratus berbanding 1.16 juta pelawat dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya.



No comments: