SG4 Ibarat ‘Gergasi Tidur’: Mengapa Mahathir Biarkan Tidur Masa Jadi PM?

 


IMG_9190

Ucapan Mahathir yang dibacakan anaknya hanyalah menutup kelemahan sendiri gagal membangunkan SG4 ketika beliau sendiri berkuasa.

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan empat negeri yang diterajui PN, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis (SG4), sebagai “gergasi tidur” yang bersedia bangkit dan menggegar landskap ekonomi negara jika sumbernya diperkasakan, dianggap seperti mengakui kegagalannya sendiri.

Benar, SG4 ada alasan untuk optimis, termasuk unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 dan deposit nadir bumi yang dikenal pasti tinggi.

Namun ironinya, negeri-negeri inilah yang sering terpinggir dari arus pembangunan perdana semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan, hanya kerana perbezaan politik.

Kesilapan sebenar terletak kepada Mahathir sendiri apabila pembangunan hanya tertumpu di Lembah Klang dan Pantai Barat, melalui projek seperti Putrajaya, KLIA dan Koridor Raya Multimedia (MSC) menyebabkan jurang antara Pantai Barat dan Pantai Timur kekal ketara.

Jika kes Terengganu dijadikan contoh, selepas Pas memenangi negeri itu pada 1999, kerajaan Persekutuan menghentikan pembayaran royalti petroleum dan menggantikannya dengan “wang ehsan” yang disalurkan melalui agensi persekutuan.

Pengkritik menganggap ini bukti negeri pembangkang dilayan tidak sama rata kerana ketika di bawah Mahathir berhujah Perlembagaan memberi hak minyak kepada Persekutuan.

Jika Mahathir mahu SG4 dimajukan, ia dianggap sudah terlambat apabila Anwar Ibrahim telah mengurangkan jurang pembangunan sejak November 2022 sehingga kini.

Namun setelah hilang kuasa pada Februari 2020 dan terlalu kepingin menjatuhkan Kerajaan MADANI, kenyataan terkini Mahathir bahawa rakyat SG4 ialah aset terbesar dan perlu berkongsi cita-cita yang sama, hanyalah hujah dangkal mahu menutup episod kegagalannya sendiri memastikan jurang pembangunan dikurangkan.

Hanya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan nilai peruntukan dan jumlah projek di SG4, barulah nampak perubahan ketara disaksikan termasuk jajaran ECRL yang lengkap dari Gombak ke Kota Bharu dan klinik kesihatan daif yang kini berubah wajah sejak diabaikan termasuk di era Mahathir sendiri.

Justeru, “gergasi tidur” ini harus dijawab dengan hasil nyata, bukan sekadar retorik seorang pemimpin yang telah hilang kuasa dan hampir hilang semangat untuk hidup.

Sudah-sudahlah Mahathir!





No comments: