Bukan sekadar bekalan, kemampuan rakyat membeli jadi cabaran besar Belanjawan 2027

 






Cabaran ekonomi Malaysia selepas ini bukan sekadar memastikan bekalan makanan, tenaga dan barangan keperluan mencukupi, sebaliknya kemampuan rakyat untuk terus membelinya perlu menjadi antara fokus utama menjelang Belanjawan 2027.

Penganalisis ekonomi, Ahmad Faizuddin Razali berkata, risiko kenaikan kos semakin perlu diberi perhatian ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global serta ancaman cuaca dan El Niño yang boleh memberi tekanan terhadap harga makanan dan tenaga.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat Majlis Tindakan Ekonomi Negara mengenai Krisis Bekalan Global yang dibentangkan Nurhisham Hussein kelmarin.

Saya sempat hadir ke sesi taklimat Majlis Tindakan Ekonomi Negara berkenaan Krisis Bekalan Global, yang dibentangkan oleh Tuan Nurhisham Hussein.
Banyak perkara dibincangkan. Tetapi kalau saya nak simpulkan secara mudah, Malaysia sedang berhadapan dengan dua risiko besar.
Pertama, krisis geopolitik dan perang AS-Iran yang masih belum berakhir.
Setakat ini belum nampak tanda-tanda ia akan benar-benar reda dalam masa terdekat. Selagi konflik berterusan, risiko terhadap rantaian bekalan global, khususnya tenaga, masih wujud.
Kedua, cabaran cuaca dan El Niño.
Kesannya mungkin tidak muncul serta-merta. Tetapi apabila kesannya mula dirasai, antara sektor paling terdedah ialah makanan.
Risikonya ada dua: bekalan makanan berkurangan, atau bekalan masih ada tetapi kos makanan meningkat.
Bagaimana keadaan Malaysia sekarang?
Daripada taklimat tersebut, saya simpulkan begini.
Bekalan minyak kita masih terjamin sehingga akhir tahun.
Setakat ini kita belum berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan yang serius. Kerajaan sedang menguruskan situasi ini dan bekalan masih mencukupi.
Begitu juga dengan makanan.
Bekalan masih ada. Barang masih ada.
Tetapi ada satu perkara menarik yang saya tanyakan.
Kalau risiko perang dan bekalan minyak global masih tinggi, kenapa kerajaan sekarang boleh menaikkan semula kuota petrol kepada 300 liter?
Jawapan yang saya terima menarik.
Krisis ini boleh kita lihat dalam dua fasa.
Fasa 1: Panik dan kejutan harga
Pada peringkat awal perang, pasaran panik.
Harga minyak mentah melonjak dengan sangat cepat sehingga melepasi AS$100 setong.
Apabila harga melonjak mendadak, tekanan kewangan kepada kerajaan turut meningkat.
Sebab itu pada ketika tersebut kerajaan terpaksa melakukan pelarasan, termasuk mengurangkan kuota buat sementara waktu.
Bukan kerana kerajaan suka-suka mahu kurangkan.
Tetapi kerana keadaan ketika itu memerlukan kerajaan mengurus risiko kewangan negara.
Fasa 2: Risiko masih tinggi, tetapi harga lebih terkawal
Ini keadaan kita sekarang.
Perang masih berlaku.
Risiko geopolitik masih tinggi.
Tetapi harga minyak tidak lagi melonjak seperti pada fasa pertama. Setakat taklimat tersebut, harga berada sekitar AS$90 setong, lebih rendah berbanding paras melebihi AS$100 sebelum ini.
Ada beberapa faktor.
Tetapi antara faktor penting ialah permintaan minyak daripada China yang semakin lemah.
China sedang bergerak sangat agresif dalam penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan transformasi tenaga. Apabila penggunaan bahan api fosil berkurangan, ia membantu mengurangkan tekanan permintaan minyak global.
Ini memberi sedikit kelegaan kepada harga minyak.
Dan apabila tekanan harga berkurangan, kerajaan mempunyai ruang fiskal yang lebih baik untuk menaikkan semula kuota petrol kepada 300 liter, malah diesel kepada 400 liter.
Inilah yang saya maksudkan dengan dasar yang manageable dan mampan.
Polisi mesti boleh berubah mengikut keadaan.
Ketika tekanan meningkat, kita sesuaikan.
Apabila tekanan berkurangan, kita beri semula ruang kepada rakyat.
Kita tidak boleh membuat keputusan populis sepanjang masa tanpa mengambil kira kedudukan kewangan negara.
Sedap hari ini, tetapi bahayanya mungkin kita tanggung kemudian.
Tetapi ada satu perkara yang lebih besar saya fikirkan selepas taklimat ini.
Cabaran Malaysia selepas ini mungkin bukan semata-mata soal shortage.
Cabaran yang lebih besar mungkin ialah affordability.
Barang masih ada.
Bekalan masih sampai.
Tetapi kos untuk mendapatkan bekalan itu semakin mahal.
Kita mungkin bukan berhadapan dengan krisis kerana barang tiada.
Kita berhadapan dengan risiko apabila barang ada, tetapi semakin mahal untuk dibeli.
Ini perbezaan yang sangat penting.
Dan bagi saya, isu affordability ini perlu dilihat daripada dua sisi.
Pertama: supply side — kemampuan kita menghasilkan bekalan.
Kalau kita boleh menghasilkan lebih banyak makanan, tenaga dan barangan keperluan sendiri, kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada bekalan luar.
Lebih tinggi kapasiti pengeluaran domestik, lebih kuat daya tahan ekonomi kita apabila berlaku kejutan global.
Kedua: demand side — kemampuan rakyat membeli.
Walaupun harga global meningkat, masyarakat masih mempunyai daya tahan sekiranya pendapatan mereka turut meningkat.
Sebab itu isu gaji, produktiviti dan pekerjaan bernilai tinggi sebenarnya berkait rapat dengan keselamatan ekonomi negara.
Dan kebetulan kita sedang menuju ke Belanjawan 2027.
Bagi saya, inilah antara tema besar yang patut diberikan perhatian.
Naikkan production.
Naikkan income.
Kita perlu meningkatkan pengeluaran domestik, terutama makanan dan barangan strategik, supaya supply side negara lebih kukuh.
Dalam masa yang sama, kita mesti meningkatkan pendapatan masyarakat supaya rakyat mempunyai purchasing power yang lebih tinggi.
Kerana dalam dunia yang semakin tidak menentu, kita perlukan kedua-duanya:
Negara mesti mampu menghasilkan.
Rakyat mesti mampu membeli.
Krisis masa hadapan Malaysia mungkin bukan lagi sekadar persoalan:
“Ada barang atau tidak?”
Tetapi persoalan yang lebih penting ialah:






“Kalau barang itu ada, mampukah kita membelinya?”
Itulah cabaran affordability.
Dan bagi saya, inilah antara cabaran ekonomi terbesar yang perlu dijawab dalam Belanjawan 2027.


No comments: