
PMX bimbang pengkalan Filipina berdekatan Sabah juga Amerika Syarikat turut terlibat ?
Ok kita ketepikan dulu fahaman politik, sebab hal-hal berkaitan kedaulatan negara dan info berkaitan keselamatan ini tentunya dibisikkan sendiri oleh think tank dalam pasukan keselamatan kita sendiri, Perdana Menteri kan ketua negara, PMX sendiri maklumkan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Apa yang PMX kata ?
Malaysia telah mempertingkatkan kesiapsiagaan ketenteraan di Pulau Banggi, Sabah.
Sebabnya - ada penambahan kesiapsiagaan ketenteraan Filipina dan Amerika Syarikat (AS) di selatan Filipina yang berdekatan dengan negeri itu.
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau dah hubungi Presiden Filipina Bongbong Marcos, dan menurut Marcos penambahan itu untuk menghadapi "offensive" dari China.
Tapi kata PMX : “Tetapi ini tentunya mengkhuatirkan dan mendesak kita supaya meningkatkan kesiapsiagaan kita di Pulau Banggi dan Sabah untuk menjaga ketahanan kita,”
Persoalannya kenapa pangkalan tu dekat sangat dengan Sabah ?
Pangkalan yang dimaksudkan ialah di Pulau Balabac, Palawan - hujung paling selatan Filipina, betul-betul menghadap Sabah. Jaraknya lebih kurang 50km saja dari Pulau Banggi, Kudat.
Pulau itu memang ada Naval Station Narciso Del Rosario milik Tentera Laut Filipina dan akan menempatkan tentera Amerika Syarikat di bawah perjanjian Enhanced Defense Cooperation Agreement (EDCA).
Di bawah EDCA, AS dibenarkan bina runway 3km, boat hub dan pre-position aset, tapi Filipina tegaskan ia BUKAN pangkalan AS, ia tetap pangkalan Filipina yang AS TUMPANG guna secara bergilir.
Isu ini jadi sensitif untuk Malaysia kerana 3 faktor bertembung ⚠️
* Geografi : Balabac kawal Selat Balabac - laluan strategik antara Laut Sulu dan Laut China Selatan, betul-betul di pintu masuk Sabah.
* Geopolitik AS-China : AS guna Palawan termasuk Balabac untuk pantau Second Thomas Shoal dan Mischief Reef. Kalau konflik berlaku, Sabah automatik berada dalam lingkaran.
* Tuntutan Sabah : Filipina secara rasmi masih menuntut timur Sabah, jadi apa-apa build-up tentera dekat sempadan memang buat Putrajaya lebih berhati-hati.
Sebab itu Malaysia ambil pendekatan - kita tidak mahu provokasi, tapi kesiapsiagaan di ESSCOM dan Banggi PERLU dinaikkan.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
Tidak semua photo mewakili Balabac Island
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG



No comments:
Post a Comment