AKU SUKA NURUL HIDAYAH...MAKSUD AKU PANDANGAN DIA...




 Anak Zahid Hamidi, Nurulhidayah Ahmad Zahid mengingatkan Barisan Nasional (BN) Melaka supaya tidak terlalu terbawa-bawa dengan sentimen “go solo” hanya kerana kejayaan yang diraih dalam pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan.






Menurutnya, kemenangan tersebut tidak semestinya bermaksud sokongan rakyat sudah kembali sepenuhnya kepada BN.


Sebaliknya, apa yang semakin pulih ketika ini ialah keyakinan terhadap kepimpinan, disiplin serta kebersamaan dalaman parti yang perlu terus diperkukuhkan.


Nurulhidayah berkata BN Melaka wajar mengekalkan kekuatan sendiri, namun pada masa sama tidak menutup ruang untuk memperluaskan persefahaman politik sekiranya ia mampu menghasilkan kerajaan yang lebih stabil.


Katanya, pendekatan “BN Plus” yang membuka ruang rundingan dengan mana-mana pihak tanpa terikat kepada formula tertentu dilihat lebih strategik berbanding memaksa BN memilih sama ada bersama PN atau PH terlalu awal.


Beliau turut menegaskan sekiranya BN mahu bergerak solo, keputusan itu perlu dibuat berdasarkan kekuatan sebenar dan bukannya ego politik.


“Jangan solo kerana ego. Solo apabila kita benar-benar bersedia,” kata EXCO Wanita UMNO Malaysia itu.


Lebih menarik, Nurulhidayah turut memberi peringatan supaya kemenangan BN di Johor dan Negeri Sembilan tidak menyebabkan parti itu terlalu cepat merasakan rakyat sudah kembali sepenuhnya kepada BN.


Katanya, PRN Melaka bukan medan untuk menguji ego atau sekadar membuktikan siapa lebih kuat.


Sebaliknya matlamat utama ialah menang dan membentuk kerajaan yang stabil.


Dalam bahasa mudah, sorakan “go solo” memang sedap didengar.


Tapi pilihan raya bukan menang dengan sorakan.


Akhirnya kerusi tetap perlu dikira satu-satu.


#unofficialinfo





No comments: