BANYAK NGAT PENYAMUN DOK PAW..

 




Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa berulang kali mendesak seorang perunding menyerahkan kira-kira RM9 juta daripada fi projek polis.


Perkara itu diberitahu Pengarah Urusan Al Khairi Group Berhad, Mohd Khairi Mat Jahya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad di Mahkamah Sesyen.


Khairi berkata beliau dilantik sebagai perunding kepada Nexuscorpgroup Sdn Bhd dengan fi lima peratus daripada nilai kontrak sekiranya berjaya mendapatkan pertimbangan menteri bagi projek RMPNet.


Menurutnya, Sayed Amir mengatur pertemuan dengan Hamzah pada 28 April 2020 dan selepas itu beliau memperoleh minit “Datuk KSU untuk pertimbangan” pada surat sokongan syarikat berkenaan.


Selepas Nexuscorpgroup menerima kontrak bernilai kira-kira RM359.54 juta, Khairi berkata fi perundingannya mencecah kira-kira RM19 juta.


Sayed Amir kemudian didakwa menuntut hampir separuh daripada jumlah tersebut dengan alasan telah memperkenalkan Khairi kepada pemilik Nexuscorpgroup, menemukan beliau dengan menteri serta membantu syarikat mendapatkan projek itu.


“Aku akan block hang daripada jumpa dengan menteri jika hang tak bersetuju untuk bagi bahagian aku,” kata Khairi ketika mengulangi ugutan yang didakwa dibuat Sayed Amir.


Khairi turut memberitahu Hamzah kemudian menghubunginya berhubung dakwaan salah laku Sayed Amir kira-kira dua bulan sebelum bekas setiausaha politik itu diberhentikan.


Sayed Amir kini berdepan tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM350,000 berkaitan tender RMPNet untuk PDRM.


Beliau belum disabitkan bersalah dan kes berkenaan masih dalam perbicaraan.




No comments: