JAWAPAN TOK MAT NI MUDAH. SEBAB TAK BOLEH MENGUASAI

 

Che Ibrahim


APA MASA DEPAN HUBUNGAN PH BN? 






Sepanjang pengamatan ambo, semua parti dalam PH menerima dengan baik hubungan PH BN, kalau ada yg tak setuju sikit sikit tu biasa la. Tapi mereka tetap akur kepada keputusan Majlis Presiden PH. Nak berkawan pun boleh nak berlawan pun boleh.


Ada pun BN, penerimaan UMNO, MCA dan MIC kepada PH nampak bercelaru sedikit, sekejap begitu sekejap begini. 


Umno sendiri ambo lihat ada pandangan yang berbagai bagai yang sukar dimuktamadkan;


1. Ada yang setuju hubungan BN PH diteruskan.

2. Ada yang setuju setakat PRU 16 sahaja, PRU 16 BN kena bergerak solo. 

3. Ada yang cenderung BN kena bersama Pas atau PN (Pas wat amat gila gila nak UMNO).


Zahid pun mungkin pening kepala untuk membuat satu keputusan muktamad. Bermodal 30 kerusi dalam tangan, bukan senang untuk meraih 82 kerusi lagi lebih lebih lagi Sarawak dan Sabah tidak mesra BN, bukan lagi deposit tetap BN seperti dulu dulu.





No comments: