CnP
Cuba kita kaji kebenaran kata kata haji Hadi ini:
1. Pas ditendang keluar dari BN tahun 1977 akibat krisis kepercayaan Pas kepada Dato' Mohamad Nasir, MB Kelantan dari Pas yang disokong oleh UMNO.
2. APU terbubar tahun 1996 akibat pembubaran Parti S46 setelah keberadaan S46, Hamim dan Berjaya dalam Kerajaan APU Kelantan hanya adanya seperti tiada, semua kata putus di tangan Pas, Pas telah menopoli Kerajaan Kelantan.
3. BA terbubar tahun 2004 apabila Dap keluar dari gabungan kerana konsep Negara Islam yang Pas perjuangkan telah menakutkan pengundi cina untuk sokong Dap.
4. PR berkubor apabila Pas memutuskan "tahalluf Siyasi" dengan Dap tahun 2015.
5. Gagasan Sejahtera, satu pakatan politik antara Pas, Ikatan dan beberapa NGO's hilang tanpa kubor tahun 2018.
6. MN berkubor tahun 2020 apabila Pas bermain kayu tiga dengan UMNO selepas mengadakan pakatan PN dengan Bersatu.
7. PN dalam situasi tidak menentukan apabila Pas memutuskan hubungan dengan Bersatu, parti yang mendakwa pengasas kepada PN.
No comments:
Post a Comment