Tiada Kompromi, Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pelarian Ganggu Ketenteraman Awam – PM Anwar

 


Ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sejak awal pagi dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Jul – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dan beliau sudah mengarahkan pihak penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Kita tidak boleh benarkan sehingga mengganggu keselamatan penduduk tempatan.

Ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sejak awal pagi dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Foto RTM

“Saya juga pesan kepada polis, Imigresen supaya berhati-hati dalam tindakan bagi menjaga kanak-kanak dan wanita.

“Tapi saya fikir kita harus ambil tindakan tegas dengan tidak mengizinkan mereka mengambil alih mana-mana tempat dalam negeri ini, sewenang-wenang tanpa hormat pada undang-undang,” katanya kepada media pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas tindakan ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini, hari ini.

Ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sejak awal pagi dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Foto RTM

Tegas Anwar, kerajaan memahami hasrat pelarian yang ingin mendapatkan perlindungan di bawah UNHCR.

Bagaimanapun, katanya, mereka (pelarian) tidak boleh bertindak sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Saya faham dia cuba (mendapatkan) perlindungan di UNHCR, tetapi mereka tidak boleh masuk-masuk kawasan … ada peraturan di dalam negara ini, tidak boleh sehingga menimbulkan keresahan penduduk tempatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ratusan pelarian Rohingya berkampung di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, di sini, hari ini selepas dilaporkan tiba di ibu negara awal pagi tadi menaiki tiga bas selepas mereka diusir keluar oleh penduduk tempatan di penempatan mereka di Pulau Pinang.




No comments: