Hikmah, Teknologi Teras Pendekatan Dakwah Era Digital – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada era digital kini, pendekatan dakwah perlu diperkasa menerusi hikmah, kebijaksanaan dan penguasaan teknologi moden supaya mesej Islam dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri menegaskan, perkembangan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan pengkomputeran menuntut institusi dakwah serta badan berkaitan menyesuaikan pendekatan mereka dengan perubahan semasa, namun ia perlu terus berpaksikan nilai, akhlak dan kebijaksanaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

“Kita perlu menggunakan segala kecanggihan yang ada untuk melaksanakan dakwah secara lebih efektif, berinteraksi dengan hikmah, mengambil manfaat daripada ilmu pengetahuan bagi menarik sokongan, saling mengenali serta menghargai perbezaan.

“Suara dakwah mesti menjadi suara kebijaksanaan, bukan pendekatan yang menimbulkan keresahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

Anwar berkata, cabaran dunia pascakolonial dan fenomena Islamofobia menuntut pendekatan dakwah yang lebih dinamik serta mampu menjawab pelbagai persepsi terhadap Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, penguasaan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh usaha dakwah, khususnya dalam mendekati masyarakat global dan generasi muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kemajuan teknologi tanpa dipandu nilai serta akhlak mampu menghakis nilai kemanusiaan.

Beliau turut menyeru institusi pendidikan agar sentiasa mengemas kini kandungan pembelajaran supaya selari dengan perkembangan teknologi baharu, sekali gus melahirkan graduan yang memiliki kemahiran diperlukan industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

“AI, teknologi baharu, teknologi maklumat dan pengkomputeran tanpa nilai dan akhlak akan menghakis kemanusiaan.

“Sebab itu, sementara kita menggapai di langit dengan teknologi, kita wajib mengakar di bumi dengan keimanan, akhlak, budaya, bahasa dan jati diri,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, Anwar berkata, institusi wakaf juga perlu diperkasakan sebagai antara pemangkin pembangunan pendidikan, penyelidikan dan dakwah, termasuk dengan memanfaatkan teknologi digital bagi memperluaskan impaknya kepada masyarakat.

Beliau berkata, tradisi wakaf yang berjaya membangunkan institusi pendidikan dan penyelidikan di dunia Islam wajar dijadikan contoh dalam memperkukuh pembangunan ummah serta negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2026. Foto PMO

Untuk rekod, Kerajaan MADANI giat melaksanakan pendekatan mendidik seperti Kempen Internet Selamat (KIS) di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bertujuan memupuk penggunaan internet lebih selamat untuk semua golongan masyarakat.




No comments: