OPERASI SAMSENG JALANAN DI JALAN SUNGAI BATU PAHAT, KANGAR
Kangar, 08 April 2026 - Bertindak atas aduan orang awam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kangar dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Perlis telah melaksanakan satu operasi khas membanteras samseng jalanan di Jalan Sungai Batu Pahat, Kangar.
Operasi tersebut melibatkan kekuatan seramai 4 pegawai dan 23 anggota yang terdiri daripada BSPTD Kangar serta bantuan daripada JSPT IPK.
Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 77 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Selain itu, 11 buah motosikal turut disita bagi tindakan lanjut.
Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membanteras aktiviti samseng jalanan di sekitar Kangar.
Sumber : JSPT Perlis
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
.
#PerlisPermai
#VisitPerlis
#VisitPerlis2026
#FBLifeStyleLife
#TahunMelawatPerlis
#JSPTPerlis
#OpSamsengJalanan




No comments:
Post a Comment