KO TUKAR LA KERAJAAN..NANTI MINYAK KENA SAKAW..TELOQ TAK DA DI OASARAN REGA MAHAL..

 


"Tukar kerajaan nanti mungkin keadaan akan jadi lebih baik dari sekarang."







"Kekalkan subsidi diesel. Kerajaan sebelum ni 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 minyak RON95 ada kuota dan diesel naik sampai RM6."


Yang terpampang hanya kecetekan pengetahuannya.


Kerajaan sebelum ni memang tak letak kuota. Kenapa agaknya?


Sebab masa Najib dulu, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Macamana nak kuotakan benda yang tak ada? Bukan setakat tiada subsidi, rakyat berbelanja kena GST lagi.


Lepas tu dia bagi BR1M untuk B40 untuk kurangkan beban rakyat. Beban yang dia cipta. Sekarang ni ada subsidi, tiada GST tapi bantuan tunai tetap diberi. Boleh fikir yang yang lebih elok? 


Masa Mahiaddin pulak, tak ada subsidi sebab diesel tak laku. Bila tak laku, harga turun. Kenapa tak laku? Sebab dia 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Dia guna alasan pandemik padahal sebab dia takut 𝗸𝗲𝗮𝗯𝘀𝗮𝗵𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿.


Negara lain dah buka ekonomi dah. Dia terus dengan PKP. Terpanjang dalam dunia. Siap isytihar darurat pulak. Sebab tu diesel melambak di pasaran. Sebab orang tak boleh keluar bekerja.


Diesel murah pun orang tak mampu beli. Kalau beli pun bukan boleh ke mana-mana.


Rakyat nak beli makanan pun tak mampu masa tu. Kalau ada duit, baik orang beli makanan. Masa tu orang cuma fikir macamana nak isi perut, bukannya macamana nak topup pickup truck.


Kenapa sekarang petrol RON95 ada kuota? Sebab kerajaan nak beri subsidi. Tapi masalahnya, ada ramai 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 dalam negara kita. Sanggup jual minyak bersubsidi ke negara jiran demi sedikit keuntungan.


Kuota tu supaya tak boleh salah guna.


Satu lagi, orang kaya pakai kereta mahal yang petrol dia 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗶𝗻𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗿. Kalau tak letak kuota, orang kaya ni yang paling banyak belasah subsidi. Tak adil la macam tu. Kan?


Dan siapa kata subsidi diesel tak ada? Subsidi diesel 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻. Cuma kini secara 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿.


Hanya industri tertentu je yang dapat. Iaitu industri yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat terbanyak. Contohnya lori kargo yang bawa barangan keperluan rakyat seperti makanan dan juga bas penumpang 


Kenapa tak beri kepada semua je subsidi tu?


Sebab kerajaan tak termampu. Sebab duit kerajaan bukan untuk beri subsidi je. Pendidikan, perubatan, pertahanan dan banyak lagi yang melibatkan kos.


Tu tak termasuk lagi kos nak tanggung 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶-𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗕𝗻𝘆𝗮 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 tak pandai urus negeri sampai negeri jadi miskin. Nak bayar bonus kakitangan pun tunggu bantuan kerajaan pusat.


Kalau nak tukar kerajaan, nak tukar dengan siapa?


Dengan yang uruskan kenaikan harga ayam, minyak masak dan telur pun tak reti? Atau yang nak uruskan banjir dalam negeri pun tak mampu?


Atau yang nak uruskan air pun 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹? Padahal geran daripada kerajaan pusat. Dia tinggal pastikan LRA tu siap je. Itu pun tak boleh nak buat. Nak bagi 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 macam tu uruskan negara? Bodoh ke?


Aku tengok keadaan rakyat yang pengetahuan amnya rendah ni membimbangkan. Dah terlalu ramai. Kalau tak diuruskan dengan baik, generasi ini bakal buat negara ini hancur. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




No comments: