𝗣𝗘𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗖 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗔𝗧


AHMAD MURSI


1. Hari ni tersebar berita 'Penjara 3 tahun jika isi petrol guna MyKad orang lain termasuk keluarga sendiri'.
2. Ceritanya, JPN keluarkan kenyataan sebab beberapa hari lepas, ada yang ditangkap di stesen minyak di Tumpat kerana bawa 4 IC orang lain untuk beli RON95.
3. Di sempadan Thailand ni memang banyak kes penyeludupan.
4. Pegang MyKad orang lain tanpa kuasa yang sah memang dah lama jadi satu kesalahan mengikut Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
5. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM20,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
6. Peraturan ni wujud sebelum subsidi bersasar guna MyKad dilancarkan.
7. Sebab tu yang keluar kenyataan ni JPN, bukan KPDN.
8. JPN keluarkan kenyataan lagi, tiada sekatan MyKad bagi Budi95 selagi patuh undang-undang. Maksudnya hak rakyat tetap terjamin.
9. Hari ni pun dah ada apps Setel atau TnG yang dah tak perlu guna MyKad di pam minyak.
✍️ Ahmad Mursi




 

No comments: