KENAPA REGA MAHAL...


 Persoalan yang sering bermain di minda kita ialah:

kenapa harga minyak sudah turun tapi harga diesel, ron 95 97 naik? pelik jugk. Betul. harga Brent sudah turun dari USD116 pada 7/4 ke usd97 pada hari ini tetapi hari ini harga diesel Malaysia naik 70 sen dan ron 95 dan 97 naik bagi tarikh 9-15 April. Kenapa?
Ini sebabnya.
Kita mengalami apa yang di panggil sebagai The "Weekly Average" Lag. Ini bermakna, harga minyak kita pada hari ini adalah berdasarkan kos yang ditanggung kerajaan pada minggu lepas. ini kerana kita menggunakan sistem Automatic Pricing Mechanism (APM). Di bawah sistem ini, harga yang kita bayar adalah berdasarkan kepada purata harga minyak dunia pada minggu lepas. Jadi sebab itulah harga minyak minggu ini naik walaupun harga minyak dunia turun pada hari ini.
Jadi, berdasarkan maklumat ini, nanti lihat purata harga minyak dunia pada 9-15 April. Kalau dia di bawah USD 100 per barrel, maka jangkakan harga minyak akan turun untuk harga 16hb ke atas.
kalau tak turun juga, memang wajar kena maki la. hahah.
Iswardy

No comments: