Untuk pendemo 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵, ada beberapa yang kena diingati.
Pertama, yang nak Najib bebas tu adalah 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 dan 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗔𝗦. Bukan PMX dan kerajaan sekarang. Kerajaan hanya menjalankan 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴.
Yang beri pengampunan pun bukan PMX. Akan tetapi YDP Agong. Dan itu 𝗵𝗮𝗸 𝗽𝗿𝗲𝗿𝗼𝗴𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Yang kurang jerit tu sebenarnya 𝗷𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 dan bukan buat kerajaan.
Kedua, perlantikan 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻 sebagai 𝗧𝗬𝗧 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 tak jadi isu pun. Sebab dia dipilih oleh YDP Agong dari senarai nama yang 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵. Bukan PMX
Lagi pun, Musa Aman dah 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 dari segala tuduhan rasuah. 𝗗𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 masa 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠. Masa tu Musa Aman dikhabarkan tengah merancang nak 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵.
Bukan PMX atau kerajaan sekarang yang bersihkan si Musa Aman tu. Sekarang dia dah bebas dari segala tuduhan. Apa salah jika dia dilantik?
Ketiga, kes 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶. Dia diberikan 𝗗𝗡𝗔𝗔, bebas tanpa lepas kerana kurang bukti dan tersebarnya kisah surat Timbalan Pendakwaraya yang kepada Peguam Negara yang 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀 tapi AG tetap 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝘄𝗮𝗮𝗻.
Zahid masih boleh didakwa kalau 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂. Korang jerit suruh tangkap Zahid tu macam korang ada bukti je dia bersalah. Jadi apa kata serahkan bukti tu kepada SPRM supaya Zahid boleh didakwa semula.
Korang ni jerit pada salah orang. 𝗕𝗮𝗽𝗮 𝗞𝗼𝗿𝘂𝗽𝘁𝗼𝗿 yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗴𝘂𝗻𝗴 bukan Najib apatah lagi PMX. Tapi si 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Patut letaklah muka dia sekali.
Apa pun, tahniahlah sebab berani berdemo. Cuma aku kesian sebab senang-senang je 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹. Nampak sangat belum matang dalam berpolitik.
Tahniah juga kepada kerajaan 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 kerana terbukti 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗺𝗼. Bukannya penakut macam 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 dan 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 yang kerahkan polis untuk aniaya pendemo.
Terbukti Madani 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶. Bukan kerajaan yang cuma pandai 𝗯𝗲𝗿𝗲𝘁𝗼𝗿𝗶𝗸 seperti PN. Guane boh?
Raja Gelap II
.
No comments:
Post a Comment