‘Anak orang kaya YTL’: Ini reaksi Hannah Yeoh, ramai harap Razman kena saman


 MUKA DIGELAPKAN KERANA KAKI FITNAH INI BERDOSA BESAR DAN FASIK DALAM ISLAM.TAPI BODO DIMATA MASYARAKAT.


Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil mengulas dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria kononnya beliau ahli keluarga pengasas konglomerat YTL Corporation Bhd.

“Pas perlu tahu bahawa tidak semua (nama) Yeoh mempunyai kaitan,” katanya ringkas di platform X.

Kenyataan pemimpin DAP berkenaan seterusnya mengundang reaksi orang ramai termasuk berharap Ahli Parlimen Segambut itu mengenakan tindakan saman terhadap Razman.

Tuduhan serkap jarang Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol itu turut mengingatkan banyak pihak dengan kes membabitkan Siti Mastura Muhammad.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu mengaitkan veteran DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng.

Ekoran fitnah itu, pemimpin Pas berkenaan diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada ketiga-tiga pemimpin DAP terbabit sebanyak RM750,000.

Mengulas dakwaan Razman, warganet secara sinis mengaitkan mereka yang mempunyai nama keluarga Chan malah watak animasi Jepun, Shin-chan sebagai anak kepada aktor popular dari Hong Kong, Jackie Chan.

Dalam masa sama, orang ramai turut mempersoalkan daya fikir penyokong Pas memandangkan bukan sedikit pemimpin parti dari blok Perikatan Nasional (PN) itu terpalit dengan saman fitnah.

“Dulu Mastura cakap Lim Kit Siang dan Lim Kuan Yew sepupu (sudah kena saman RM830,000).

“Sekarang Razman pula cakap Hannah Yeoh anak Francis Yeoh (YTL).

“Saya tak tahu siapa yang lebih bodoh. Pemimpin Pas seperti Mastura dan Razman atau penyokong mereka,” kata pemilik akaun X, @SyedAkramin.


No comments: