ANWAR BAPA PEMBEBESAN PERASUAH? APA CERITA? MARI DENGAR PENCERAHAN DARI ...



Selepas berarak dari pusat beli belah Sogo ke Dataran Merdeka tanpa halangan, penganjur perhimpunan antirasuah menggesa kerajaan melaksanakan tiga pembaharuan bagi membendung rasuah. Bercakap pada sidang media, Setiausaha Sekretariat Rakyat Benci Rasuah Zaim Zulkifli berkata tiga tuntutan tersebut adalah Pemisahan Jabatan Peguam Negara daripada Pejabat Perdana Menteri, bebaskan SPRM daripada cabang eksekutif dan Penubuhan Akta Pembiayaan Politik. Zaim ketika berucap di hperhimpunan itu berkata pembaharuan itu, jika dilaksanakan, akan membuktikan komitmen kerajaan terhadap ketelusan. Dia kemudian berkata di sidang media itu bahawa perhimpunan berkenaan hanyalah permulaan gelombang aktivisme mahasiswa terhadap isu-isu yang melanda negara. “Inilah permulaan kita membina ‘gelombang’ yang lebih segar. “Sebelum ini, kami meletakkan harapan kepada Bersih, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), kepada pelbagai CSO dan NGO. “Kami yakin kali ini terdapat keperluan untuk muka baru dalam kalangan pelajar sendiri, lahir daripada kita, untuk membawa isu sivil. "Tetapi kami tidak menafikan peranan Bersih. Kami bekerjasama dengan mereka," katanya.







No comments: