Oleh NORMAN RADZUAN
Fadhli Shaari dimalukan buat kali kedua. Sebelum ini cuba menunggang kes Najib Razak dengan berdemonstrasi untuk menghasut ahli-ahli UMNO dan orang Melayu bersama sama tetapi ditolak oleh UMNO dan majoriti orang Melayu.
Harapan Pas, Muafakat Nasional akan berjaya dihidupkan jika UMNO turun berdemo bersama Pas tetapi ia tidak berlaku. UMNO bijak dan sedar, mereka tidak mahu parti itu ditunggang oleh Pas.
Pas sangat jahat perilaku mereka sedangkan sebelum ini mereka yang mahu Najib dipenjarakan. Ketika kes Najib sedang dibicarakan, Pas menjadi kerajaan, ada nampak Pas bela Najib?
Terbaharu, Pas cuba tunggang ‘Himpunan Rakyat Benci Rasuah’ tetapi diberi amaran oleh Sekretariat Rakyat Benci Rasuah jangan ambil kesempatan atau ‘tunggang’ himpunan itu.
Anak-anak muda yang ikhlas memerangi rasuah ini sedar bahawa Pas terkenal dengan strategi ‘TUNGGANG’, bimbang dengan kehadiran Pas dalam himpunan itu.
Ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong – memang muka tak tahu malu.
Amaran penganjur telah dijawab oleh Fadhli Shaari, “Adik-adik jangan bimbang, Pas takkan tunggang himpunan.’
Mungkin agak maksudnya “Kami tak tunggang himpunan, kami hanya tunggang agama sahaja.”
Imej TUNGGANG menjadi identiti Pas di mata masyarakat Malaysia.
Jika dahulu hanya peminat atau pimpinan politik sahaja yang menggelar Pas sebagai ‘Penunggang Agama’ kini gelaran itu diguna oleh setiap lapisan masyarakat.
Parti itu bukan sahaja ditakuti oleh musuh politik dalam kalangan orang Melayu tetapi mereka sangat ditakuti oleh mereka bukan Islam seperti bangsa Dusun, Dayak, Iban, Cina, India dan lain-lain.
Buktinya, Pas tidak mendapat undi daripada bukan Muslim sama ada di Semenanjung apatah lagi di Sabah dan Sarawak.
Malah, Pas juga bukan menjadi tempat untuk bukan Islam mendekati Islam dan buktinya mereka yang nahu mendekati agama ini memilih gerakan tabligh dan Jakim.
Sebenarnya, Pas bukan menakutkan non Muslim tetapi orang Melayu sendiri. Ia dapat dilihat di media sosial. Anda lihat maki hamun daripada tentera siber hinggalah penyokong mereka di ruang artikel, content TikTok dan ruang komen media-media sosial.
Kita pun tidak sanggup berkata demikian. Dari fahaman khawarij akhirnya mewujudkan ekstremis yang jika mereka membesar ia boleh menggugat kestabilan politik negara.
Saya dapat rasakan di hati pimpinan Bersatu, mereka tahu suatu hari nanti fahaman ajaran Islam ala Pas ini berkembang ia akan memakan diri dan sukar dikawal lagi.
Apabila mereka kuat, Pas akan tunggang sesiapa sahaja. Tanpa rasa malu dan bersalah, Pas sanggup meninggalkan rakan seperjuangan untuk memenuhi nafsu mereka seperti dirasai oleh S46, PKR dan UMNO sendiri.
Simpan artikel ini, suatu hari nanti Bersatu akan ditinggalkan dan dikuburkan oleh Pas sendiri.
No comments:
Post a Comment