LENSA Program Bicara Dakwah di Masjid Putra, Simpang Empat, Perlis sempena Program Israk Mikraj dengan memfokuskan buku ‘Keadilan Untuk Orang Bersolat’ hasil nukilan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Ia diilhamkan daripada kitab Muniyatul Musally di bahagian Tatimmul al-Faidah.
Program yang dikendalikan oleh Imam Masjid Putra, Ustaz Zakwan Ghazali bermula selepas solat Maghrib dan diteruskan dengan kajian ilmiah yang dikongsi oleh Dr. Abdul Basir Awang, Pensyarah Kanan UiTM Arau. Penglibatan 100 orang jemaah daripada kalangan penduduk dilihat amat mengalakkan.
Pada sesi pagi diadakan juga kuliah dhuha di masjid yang sama. Pengisian terapi solat daripada Ustazah Noor Azura Zainuddin, Pensyarah kanan UiTM Arau telah menarik perhatian golongan hawa.
Turut hadir di program tersebut ialah Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim
#melestarigerakandakwah
#MalaysiaMadani
No comments:
Post a Comment