Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dibawa Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk permohonan lanjut reman, pada Isnin.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim.
"Ya, suspek dibawa ke mahkamah esok (Isnin) untuk lanjutan reman. Reman suspek selama tujuh hari akan tamat esok, siasatan masih dijalankan termasuk usaha cari barang bukti dan lain-lain sudut termasuk merekod keterangan beberapa individu," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews