PMX ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS RAJA BAHRAIN







 Sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke atas Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa malam ini, beberapa topik dibincangkan antaranya meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang penting untuk dimanfaatkan secara bersama-sama.


Kami percaya, usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan juga kesihatan.


Sheikh Hamad tiba di Malaysia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara esok.


Moga ulang tahun hubungan diplomatik Bahrain dan Malaysia ke-50 pada tahun ini juga bakal memberi lebih banyak peluang untuk memupuk kerjasama dan persahabatan dalam pelbagai bidang selain kerjasama ekonomi serta perkongsian pengalaman terkait sektor perbankan Islam global.


========


This evening, I paid a courtesy call on His Majesty Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, King of the Kingdom of Bahrain. We discussed several topics of common interest including strengthening bilateral collaboration in various important fields for mutual benefits.


As this year marks the 50th anniversary of the establishment of Malaysia-Bahrain relations, we believe that continuous efforts should be carried out to increase cooperation in politics, economy, education, culture, tourism, and also health sector.


#MalaysiaMADANI



No comments: