Nazri Hamdan
Saya suka bila baca berita ni
Tapi of course akan ada bumiputera yang tak suka
Tapi yang tak suka tu bukan semua bumiputera, tapi mereka yang terdiri dari golongan “know-who”
Dah berpuluh tahun dasar AP ni berjalan. Tapi matlamat asal dah tersasar
Daripada bagi manfaat pada usahawan bumi, akhirnya yang dapat ialah balik-balik orang yang sama
Mereka ni barangkali dah kaya raya. Tapi walau dah kaya, mereka tetap dapat AP. Jadi mereka bertambah kaya.
Cukuplah, bagilah peluang kepada bumiputera yang lain
Mustahil tak ada syarikat bumi yang lain tak ada potensi
Mungkin mereka boleh buat lebih baik lagi cuma mereka tak ada peluang
Mereka ni adalah golongan “know-how”. Inilah golongan yang patut dibantu dan diberi peluang
Sebab tu saya sangat sokong dengan dasar AP bumiputera terbuka. Ni satu langkah yang sangat berani dari kerajaan
Cakap pasal geran kerajaan pada bumiputera pun sama. Kita tahu ada kalangan bumiputera yang dah kaya jadi jutawan
Akan tetapi, mereka masih terima geran berjuta dari kerajaan. Jadi mereka terus jadi makin kaya
Bila mereka dah kaya, bukankah patut mereka diberi pinjaman pula dan bukan geran?
Yang patut dapat geran adalah syarikat bumiputera yang ada potensi dan baru nak naik
Geran, AP dan sebagainya memang patut digunakan untuk bantu syarikat bumiputera
Tapi bantu mereka yang “know-how” dan bukannya “know-who”