TAK SEMUDAH TU ADA PILIHANRAYA.


MSO


 Apa yang tersimpul dalam kepala pemerhati politik kini kedudukan enam ahli parlimen dan seorang Adun Bersatu yang diberi notis untuk menyatakan kesetiaan mereka kepada parti. 


Jika mereka abaikan dan tidak sedia bersetia kepada parti mereka akan dipecat manakala kerusi mereka kosong maka pilihan raya diadakan. Itu harapan Bersatu.


Tetapi hakikatnya bukan semudah itu. Kita percaya tujuh wakil rakyat itu akan serahkan kedudukan mereka kepada Speaker agar menentukan apakah kedudukan mereka terbatal atau tidak. 


Dalam pada itu Speaker pula diyakini akan buat keputusan berdasarkan keputusan mahkamah. Speaker tidak apa formula lain untuk menentukan kedudukan mereka itu tanpa ada keputusan mahkamah. Bila mereka diistyharkan tidak sah mereka akan rujuk kepada mahkamah. 


Apabila menanti keputusan mahkamah dipercaya tidak semudah itu mahkamah untuk membuat keputusan. Mahkamah boleh menangguh keputusan selama mana tempoh tertentu mungkin sampai berbulan bulan sehingga 3/4 penggal parlimen berlalu. 


Jika demikian keadaan tertakdir kedudukan wakil rakyat itu terbatal atau digugurkan SPR boleh untuk tidak memanggil bagi mengadakan pilihan raya kecil kerana situasinya tidak terdesak.


Jika ini berlaku harapan Bersatu untuk melihat akan adanya pirake tidak menjadi kenyataan, dan pindaan undang undang parti itu bertujuan untuk batalkan tujuh wakil rakyat itu sia sia saja. Trims.