PMX MENERIMA KUNJUNGAN MUBADALA ENERGY.









 Pagi tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Energy, Sheikh Mansoor Mohamed Al Hamed, seraya diapitkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.


Mubadala Energy ialah syarikat tenaga antarabangsa yang berpusat di Abu Dhabi dengan pelaburan di 7 buah negara termasuk Malaysia. 


Syarikat ini kini aktif dalam inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbonan melalui pelaburan dalam pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru dan penangkapan karbon, penggunaan dan penyimpanan (CCUS). 


Dalam pertemuan ini saya dimaklumkan mengenai fokus dan kemajuan pelaksanaan pelaburan Mubadala Energy di Malaysia. 


Malaysia mengalu-alukan perancangan pelaburan ini yang turut terkait projek-projek berimpak tinggi tenaga boleh diperbaharu. 


Kehadiran pelabur-pelabur yang kukuh seperti Mubadala Energy adalah selari dengan usaha Kerajaan melaksanakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga. 


Sehubungan itu, saya maklumkan sokongan Kerajaan dalam memastikan pelaburan-pelaburan asing berjalan lancar dan memulakan operasi mengikut jadual.


#MalaysiaMADANI



No comments: