SEDEKAHKAN PADA KELUARGA.



Mukhlis Eddie


 Oleh Ustaz Zolkharnain Abidin 


Pesan saya...



Gunakan duit yang kita ada hasil titik peluh kita untuk keluarga. Penuhi keperluan isteri. Utamakan keperluan pendidikan anak-anak.


Berikan mereka pakaian yang selesa, kediaman yang sesuai, makanan berkhasiat dan keperluan harian yang mencukupi.


Itulah sedekah paling utama.


Abaikan mana-mana agamawan yang meminta sumbangan untuk baiyai pusat pengajian yang dia buka. 


Abaikan saja. Itu bukan tanggungjawab asasi kita. Keluarga lebih utama berbanding pusat pengajian itu meskipun atas nama agama.


Jika pusat pengajian itu terpaksa ditutup sekalipun, biarkan. Pusat pengajian kerajaan yang beroperasi dengan sempurna masih ada. 


Kita dan ummah tak rugi setara mana pun jika pusat pengajian sebegitu ditutup. Bahkan kadang-kadang, penutupan pusat pengajian sebegitu menyelamatkan agama daripada terfitnah.


Juga, abaikan agamawan yang meminta sumbangan atas nama peribadi atau pertubuhan bertopengkan agama. Kononnya untuk dakwah dan ummah.


Agamawan sebegitu hidup senang, pakai kereta besar, makan angin di luar negara dan makan di restoran mewah bersama anak bini. Siap tunjuk gambar dalam media sosial lagi.


Kita yang menyumbang kepada agamawan sebegitu dapat apa? Dapat pahala atau dapat bala? 


Jika mahu bersedekah lagi, carilah jiran, saudara-mara yang benar-benar susah dan perlukan bantuan. Santunilah mereka seadanya.


Itu lebih baik daripada menghulur bantuan kepada agamawan yang menagih-nagih simpati untuk baiki kereta yang eksiden.


Memalukan...!




No comments: