Adakah kita terlepas dari tanggungjawab?

 


Nik Hasyudeen


Walaupun saya gembira dengan kejayaan anak jalanan di Chow Kit ini, saya juga tertanya adakah kita boleh terlepas dari dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat?


Jika seorang anak boleh berjaya, bagaimana anak-anak lain yang tidak boleh bersekolah disebabkan sistem dan juga keadaan keluarga? Adakah semata-mata sebab kita tak pernah berjumpa mereka maka kita tak bertanggungjawab walaupun mereka dalam satu komuniti dengan kita? Mereka tak termasuk di dalam kategori “saudara”? Boleh pilih siapa yang kita nak iktiraf sebagai saudara dan siapa yang kita boleh buat macam mereka tak wujud?


Bagi saya, sikap “bersaudara secara terpilih” ni membahayakan kita di akhirat. 


Syukur seorang anak sudah berjaya dibantu, bagaimana dengan yang lain?


Cikgu Rohayu






No comments: