MASTER YANG TIADA MQA

 EKSEKUTIF 



Calon PN KKB walaupun terdiam semalam dan respon “No comment” kepada wartawan, ketika ditanya mengenai kelayakan beliau. Kemusykilan menerima Master sejurus lepas Diploma kurang dalam masa 3 tahun. 


Hari ni telah buat kenyataan FB katanya memang betul beliau grad siap bagi Transkrip dan sijil. 


Rupanya Master yang dia ada, bukan Master biasa. Master ini yang tiada pengiktirafan MQA, ini seperti sijil mengiktiraf pengalaman yang ada. Namun tidak boleh digunakan untuk tujuan melanjutkan pelajaran dalam trek biasa. 


Bila CV seorang calon pelik2, Pengundi harus bertanya. Seperti dalam kes ini, kita heran kenapa dia boleh dapat Master sebegitu mudah bila orang lain punya teruk lanjutkan pelajaran. Jawapannya, kerana ni sijil Master yang tidak setaraf dengan Master di luar sana. Tiada pengiktirafan MQA jua. 


Maknanya, boleh lah pengundi paham kelayakan sebenar seorang calon itu. Tidak adalah misrepresentation (atau salah anggapan). 


Satu lagi yang beliau tidak selesaikan, yang dibangkitkan netizen, ialah isu menjadi Eksekutif Kewangan Bursa Malaysia. Bolehkah beliau menjadi Eksekutif Bursa Malaysia hanya guna SPM? 


Takpun beliau hanya broker saham, tapi ditulis bekerja dengan Bursa Malaysia? Itu perlukan penjelasan. 


Banyak persoalan CV beliau ini. Kalau kita, orang nak mencari kerja, pening sgt CV nya dan tak jelas pula, memang susah lah kita nak ambil bekerja. 


Namun, bila tang mengundi dan memilih Yang Berhormat atau Wakil Rakyat kita, ramai orang hanya pilih ikut kaum dan agama. Kelayakan itu, dipejamkan mata. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: