LEBAI BERKOPIA PUTIH CABAR CALON PH DAN AKHIRNYA MEMALUKAN DIRI SENDIRI!



Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon PH itu untuk menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengah yang pernah diterimanya, memandangkan tiada catatan di poster profil Pang.
“Isu pendidikan calon PN telah selesai. Pihak Universiti (UMP) telah keluarkan kenyataan berhubung kelulusan Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan yang dimiliki beliau bahkan transkrip sijil juga telah disebarkan. “Sekarang, saya mencabar calon PH pula untuk nyatakan pendidikan rendah dan menengahnya. Silakan. Di manakah peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) diambil, tentu menarik untuk diketahui,” ujarnya. ============================================================================== Calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao berkongsi keputusan SPM dan UPSR yang menunjukkan keputusan cemerlang semua A. Bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming itu berbuat demikian sebagai maklum balas kepada cabaran Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari semalam.
Wanita 31 tahun dari Ampang itu mengambil SPM pada 2010 dan mendapat keputusan semua A, meliputi A+, A dan A-. Lebih menarik, pelajar Sekolah Menengah Chung Hua di Port Dickson, Negeri Sembilan itu mendapat keputusan lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (A) dan Bahasa Inggeris (A+), berbanding Bahasa Cina (A-).
“Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari bertanya tentang UPSR dan SPM saya.




No comments: