[mahkamah] CHEGUBAD KAKI PEMFITNAH! DIDAKWA MEROSAKKAN NAMA BAIK AGONG!



Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong. Badrul Hisham, 45, membuat penyataan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali. “Saya faham, tidak mengaku salah,” katanya. Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana beliau mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong. Kesalahan didakwa dilakukan di Istana Negara, jam 6 petang pada 22 Januari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Chegu Bard juga berdepan tuduhan membuat penerbitan menghasut di Taman Bukit Cheras, di sini, jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu. ===================================================================== Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis mendesak agar Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta susulan penahanan beberapa pegawai kanan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri Perlis. Ketuanya, Azzin Izzad Bahanudin berkata, AMK mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang salahguna kuasa dan rasuah di dalam negeri Perlis yang berdaulat. Menurutnya, kes membabitkan anak MB Perlis yang didakwa memalsukan dokumen untuk tuntutan palsu berjumlah RM600,000 adalah satu-satunya kes yang pernah berlaku sepanjang 181 tahun terbentuknya negeri Perlis “Isu utamanya, adakah jumlah tuntutan palsu bernilai RM600,000 termasuk dengan tuntutan palsu yang dikaitkan dengan Institusi Diraja Perlis? “Wajar diingat ini merupakan satu-satunya kes seumpamanya sepanjang 181 tahun terbentuknya negeri Perlis. “Bagaimana boleh dikatakan PN ‘Bersih dan Stabil’, namun anak kepada pemimpin tertinggi negeri pula ditahan reman SPRM ketika PN berkuasa tidak sampai satu penggal?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




No comments: