CALON PH MENJAWAB SOALAN LEBAI FADLI SHAARI...LEBAI DAPAT BERAPA A PULAK.


Ha ha ha...UPSR SEMUA A,

SPM SEMUA A. 

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Kuala Kubu, Pang Sock Tao menunjukkan sijil perlajarannya sebagai menjawab cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari. Sebelum ini Ahmad Fadhli mencabar Pang supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya, kerana dia kata dia cari tak jumpa. Ha ha malu sendiri.


Wanita 31 tahun dari Ampang itu mengambil SPM pada 2010 dan mendapat keputusan semua A, meliputi A+, A dan A-. Lebih menarik, pelajar Sekolah Menengah Chung Hua di Port Dickson, Negeri Sembilan itu mendapat keputusan lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (A) dan Bahasa Inggeris (A+), berbanding Bahasa Cina (A-).