TERBAIK- BERJAYA COPR TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEMFITNAH!


Berjaya Corp Bhd (BCorp), telah membuat laporan polis pada 26 April lalu supaya siasatan mengenai berita yang melaporkan pengasasnya Vincent Tan sedang mengadakan perbincangan untuk menubuhkan sebuah resort kasino di Forest City bernilai AS$100 bilion (RM477.60 bilion) dapat dimulakan. BCorp, dalam satu kenyataan media, semalam, berkata pihaknya percaya polis akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu. “Kami ingin mengulangi dan menjelaskan bahawa Tan tidak terbabit dalam sebarang rundingan dengan mana-mana pihak yang dilaporkan. “Ini termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim: Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dan begitu juga dengan sebarang wakil Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atau Seri Paduka sendiri,” kata BCorp. Menurut syarikat itu, mereka percaya penerbitan berkenaan bertujuan untuk menyebabkan gangguan politik, menjejaskan kepercayaan orang ramai dan memesongkan persepsi orang ramai terhadap Sultan Ibrahim dan Anwar.




No comments: