KENYATAAN MEDIA
20 Disember 2023
07 Jamadil Akhir 1445H
PUM MENGALUKAN PENDIRIAN TEGAS PERDANA MENTERI TERHADAP KAPAL DAGANGAN ISRAEL
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengalukan pendirian tegas YAB Perdana Menteri untuk tidak membenarkan kapal yang didaftarkan dengan syarikat berpengkalan di Israel untuk berlabuh di Malaysia.
Pendirian tegas ini amat diperlukan dalam keadaan di mana Israel terus melakukan kezaliman dan tidak mengendahkan tekanan agar mereka menghentikan serangan ke atas Gaza.
PUM turut memandang serius kegagalan Israel untuk melakukan genjatan senjata dan menggesa agar Israel menghentikan dengan kadar segera serangan yang dilakukan.
PUM juga ingin menggesa agar tindakan tegas yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia turut dilakukan oleh negara-negara lain yang perlu bertindak di atas kesedaran kemanusiaan dan pembelaan kepada hak asasi manusia yang sedang dicabuli dengan rakus oleh Israel.
Pendirian tegas pemimpin-pemimpin Malaysia terhadap perlakuan zalim Israel ke atas Palestin sejak dari dahulu hingga kini amatlah dihargai dan sesuatu yang amat wajar dihormati oleh semua.
Sekian, terima kasih.
PROFESOR DR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR
Setiausaha Agung