Usai Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC), saya dan delegasi sempat hadir ke sesi makan tengah hari anjuran Japan Business Federation (Keidanren) dan Japan Chamber of Commerce and Industry (JCCI).
Sesi santai kira-kira sejam itu turut dihadiri ahli-ahli persatuan tempatan untuk beramah mesra dan membina jaringan hubungan bersama pimpinan benua ASEAN.
Saya percaya, rangkaian hubungan dengan pemain industri, ekonomi dan perniagaan ini penting untuk dimanfaatkan ASEAN dalam membina rantaian lebih luas, khasnya bagi menopang tantangan kecanggihan teknologi masa kini.
#MalaysiaMADANI