SEMUA MENYALAHKAN DSP NAZRI.



Zainuddin Omar


 Umur masih 44, berpangkat DSP dan isteri beliau kata suaminya panas baran. 


(Panas baran is a moment of madness). 


Nazri dalam unit D9 (Jenayah Berat) IPD Kedah tentunya mempunyai kuasa besar menanggani jenayah berat. 


Tiada jaminan ditawarkan ke atas tertuduh dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan berkaitan, antaranya laporan kimia.


Tak boleh imagin seorang anggota polis unit D9 dalam jail bersama penjenayah lain. 


**************

Seorang pegawai kanan polis hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Jumaat lepas.


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang memasuki mahkamah sambil kepala ditutup dengan kain, berbaju putih dan berseluar hitam, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Tertuduh yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP), didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Ipoh, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Dis.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.



No comments: