LAWATAN KE JEPUN BERJAYA MEMBAWA PELABURAN.














 Sewaktu menyantuni diaspora Malaysia di Tokyo dalam sesi santai minum petang semalam, saya singgung keperluan untuk mengubah minda dan membebaskan diri daripada permusuhan kaum dan agama yang menjejaskan perpaduan.


Tidak kira di mana rakyat Malaysia berada, permusuhan kaum dan agama perlu dihindari mahupun dinoktahkan bagi memperkukuh hubungan kita semua dalam membina sebuah negara maju.


Dalam sesi sidang akhbar bersama media Malaysia, saya maklumkan lawatan kerja ke Jepun ini berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion sekali gus disifatkan berjaya dan membanggakan.


Saya tekankan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk rakan sejawat Fumio Kishida jelas menunjukkan bahawa hubungan Malaysia-Jepun kini menyaksikan anjakan baharu dari segi kerjasama pelaburan, perdagangan, pendidikan dan teknologi.


Terima kasih kepada semua pihak yang terkait dan telah menjayakan lawatan ini. Moga hasil lawatan ini membawa manfaat kepada kita semua. Sayonara!


#MalaysiaMADANI



No comments: