KHAIRY KATA BUKAN DIA PUNYA PASAL.




 Putrajaya: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan perolehan peralatan ventilator ketika negara berdepan

pandemik Covid-19 bukan dibuat ketika beliau menjawat jawatan terbabit.


Sebaliknya, pembelian peralatan berkenaan dibuat oleh menteri sebelumnya pada tahun 2020.


"Untuk perolehan ventilator, ramai bijak pandai ini kata (saya) kena jawab soal ventilator dan perolehan ventilator ini (dibuat) pada tahun 2020, saya jadi Menteri Kesihatan pada Ogos 2021, 'even you cannot get the facts right, i don't even know why you're talking to me' (sedangkan fakta anda salah, saya tidak tahu kenapa perlu bercakap soal ini kepada saya).


"Bukan saya nak cakap saya campak menteri lain di bawah bas (menyalahkan menteri lain), tetapi ini adalah fakta, soal vaksin saya tak campak sesiapa di bawah bas, saya sedia bertanggungjawab," katanya.


Beliau berkata demikian pada program podcast Keluar Sekejap yang disiarkan hari ini.


Laporan 'Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE)' yang dibentang PAC mendapati tiada pihak boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan 104 ventilator itu berfungsi.


Hasil prosiding PAC juga mendapati tiada perjanjian bertulis dimeterai antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan syarikat pembekal, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB), yang diarah untuk membuat pembayaran pendahuluan bagi mendapatkan ventilator.


Ketiadaan perjanjian bertulis di antara KKM dan PLSB menyebabkan tiada mana-mana pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi..



No comments: