KEGAGALAN ITU ZAMAN KAU MAHIADDIN






 Tempoh getir yang Mahiaddin cakap tu ialah bila kadar inflasi mula menurun setelah naik ketika dia menerajui pentadbiran negara. Juga getir padanya apabila ekonomi berkembang setelah menguncup sewaktu dia jadi Perdana Menteri.


Ya, sekarang tempoh getir apabila rakyat tak perlu keluarkan simpanan hari tua, dah ramai yang dapat kerja dan kadar pengangguran juga menurun tidak seperti di zaman PN memerintah di mana begitu ramai rakyat kehilangan kerja.


Mahiaddin kata kepimpinan tidak cekap pula bila barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak kini banyak di pasaran dan harga terkawal, tidak seperti ketika dia memerintah di mana minyak masak pun disorok anak menteri.


Kepimpinan lemah itu pada mata Mahiaddin ialah apabila pelaburan mula masuk dengan membawa peluang pekerjaan dan pembukaan perusahaan baru, tidak seperti ketika dia di Putrajaya di mana begitu banyak syarikat gulung tikar.


Kalau suruh Mahiaddin atau mana-mana pemimpin PN jelaskan secara terperinci apa yang getir waktu ini berbanding ketika mereka memerintah dahulu, tak mungkin seorang pun dapat jawab kerana jelas, negara ini rosak ketika mereka berkuasa.


Cuba tenangkan fikiran dan berfikir secara rasional, pasti kita akan melihat dengan begitu  jelas betapa banyak berlaku perubahan yang positif di negara ini semenjak dari Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara.


Kenyataan Mahiaddin ini adalah pemesongan fakta yang merupakan satu usaha mencipta persepsi kerana dia tahu, kalau berdasarkan fakta, Malaysia sekarang adalah jauh lebih baik berbanding ketika dia memerintah dahulu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: