ESOK, SABTU (15/7/23) SEKALI LAGI PMX BERKUNJUNG KE KEDAH MESKIPUN MB KEDAH KINI PENUH KONTROVERSI





Di sebalik ramai memperkatakan tentang akhlak dan keperibadian Sanusi, MB Kedah yang celupar, biadab dan pelucah, sehingga ditegur oleh Mursyidul Am Pas sendiri, PMX tidak pernah melupakan rakyat Kedah.  Keceluparan Sanusi bukan salah rakyat Kedah.  Mereka tidak boleh dihukum hanya kerana terpaksa memiliki seorang MB tebuk atap yang kurang ajar.


Esok, Sabtu (15/7/23) seawal pagi hingga ke malam, berbagai program bersama Dato Seri Anwar Ibrahim, PMX kita di bumi Kedah.  Pertemuan penting beliau dengan rakyat marhaen, petani dan peladang termasuk pekebun kecil serta nelayan adalah bertujuan untuk mendengar sendiri rintihan rakyat bawahan, bukannya mendengar kata2 maki hamun dan lucah dari Sanusi.  


Di sebelah malamnya pula, rakyat Kedah berpeluang mendengar pidato dari PMX serta pimpinan utama dari kerajaan perpaduan.  Sudah tentunya malam nanti beliau akan menjawab beberapa tohmahan, fitnah dan propaganda yang telah meracuni pemikiran rakyat Kedaj oleh Sanusi dan gerombolannya.  Rakyat Kedah yang mahukan kebenaran perlu hadir beramai-ramai ke program tersebut agar Kedah akan dilihat lebih mulia dan dihormati selepas ini.  


Semoga Allah merahmati usaha PMX yang tidak pernah berhenti rehat untuk menyantuni rakyat meskipun dihujani dengan fitnah, maki hamun dan cacian peribadi oleh musuh2 politiknya.  Rakyat perlu diutamakan bukannya Sanusi.


WFAUZDIN NS



No comments: