BUDAYA ALI BABA HARUS DIHAPUSKAN.

 



Rafizi Ramli

Menghapuskan budaya Ali Baba dalam sektor ekonomi tidak boleh sekadar cakap kosong tetapi perlu ada tindakan segera. 


Kita dianggarkan telah rugi sebanyak sekitar RM17 hingga RM18 bilion kerana budaya Ali Baba ini.


Cerita pasal budaya Ali Baba dalam ekonomi kita memang macam-macam.


Perniagaan yang dimiliki oleh rakyat tempatan tetapi disewakan kepada warga asing.


Bina projek sepatutnya harga murah tapi jadi mahal kerana ada yang ambil persen.


Kita kena hentikan amalan ini kerana ini menjadi punca kepada rasuah dan ketirisan.


Sebab itu, pandangan saya menangani budaya Ali Baba perlukan penyelesaian menyeluruh dan berstruktur.


Kerajaan Perpaduan akan gunakan kaedah Akta dengan memperkenalkan undang-undang anti Ali Baba untuk kita haramkan amalan Ali Baba.


Harapan saya dengan kerangka undang-undang ini, kita dapat selesaikan salah satu ketempangan utama ekonomi negara.



No comments: