Kalau ikut kenyataan Dr. Abdul Jabbar Ismail yang merupakan
pakar transplan, Wan Ahmad Fayhsal telah mengeluarkan kenyataan yang
mengelirukan dewan. Baca di https://bit.ly/3zw0FAy.
Wan Fayhsal, dalam usaha mendesak kerajaan agar pengeluaran KWSP
kali kelima diluluskan, membuat dakwaan ada pihak yang sampai tergamak menjual
menjual buah pinggang akibat terdesak.
Namun menurut Dr. Abdul Jabbar, menjual organ itu secara haram
tak mudah kerana memerlukan satu pasukan yang besar. Tambahan pula organ itu
perlu berdaftar dengan Pusat Sumber Transplan Negara.
Boleh dikatakan mustahil untuk kegiatan itu dibuat di negara
ini. Jadi Wan Fayhsal kutip cerita itu dari mana? Adalah dia hanya tak cerita
itu semata-mata untuk kelihatan wira di mata rakyat?
Walaupun kenyataan MP dalam parlimen dilindung, tapi MP tak
boleh bercakap tanpa fakta yang mana boleh dianggap sebagai mengelirukan dewan.
Jelas Wan Fayhsal ini MP yang tidak beretika.
Bahkan Dr. Abdul Jabbar menyifatkan kenyataan itu sebagai
kebudak-budakan. Dan aku setuju dengan Dr. Abdul Jabbar. Memang Wan Fayhsal sering
buat kenyataan tak matang contohnya cetak duit untuk diberikan kepada rakyat.
Payah jika ada pembangkang tak berkualiti macam Wan Fayhsal ni.
Kalau betul pun nak perjuangkan nasib rakyat, tak perlulah nak reka cerita
palsu. Lagi pun kerajaan sudah pun berikan jalan penyelesaian. Nak buat isu apa
lagi? Guane boh?