Anak Ketua Pembangkang yang juga bekas Menteri Dalam Negeri
ketika PN dalam kerajaan, Hamzah Zainuddin, diheret ke mahkamah bersama seorang
lagi rakan perniagaannya atas sembilan pertuduhan mengenai perlanggaran
berhubung subsidi minyak masak. Baca di https://bit.ly/3mbdGfM.
Muhammad Faizal Hamzah antaranya dituduh telah mengeluarkan
invois palsu kepada syarikat peruncit selain daripada memiliki minyak masak
bersubsidi melebihi daripada had yang dibenarkan. Wow... Ini baru bersih dan
stabil. Sampai anak pun ikut dapat faedah.
Ketika PN jadi kerajaan, bekalan bahan asas begitu kritikal.
Minyak masak bersubsidi juga amat kurang di pasaran hingga menjejaskan golongan
peniaga dan miskin. Nampaknya dah boleh agak mengapa boleh terjadi keputusan
bekalan yang begitu teruk.
Rakyat merintih tak dapat bekalan minyak masak bersubsidi.
Rupanya ada ahli keluarga pemimpin kerajaan yang simpan melebihi had. Manakala
rakyat disuruh gunakan minyak masak mahal. Kita susah, dia kumpul kekayaan
daripada kesusahan kita.
Paling kesian dengan walaun. Bermatian 'berjuang' untuk pemimpin
mereka sampai sanggup sebarkan fitnah tanpa sedar, kepayahan yang rakyat hadapi
berpunca dari pemimpin yang mereka perjuangkan. Tapi walaun tetap takkan sedar.
Biar dia susah asal pemimpin yang dia sokong kaya raya. Guane boh?