Apabila lihat status kalian di
media sosial, ramai yg kata elok bg si Lokman Adam ja mengepalai Jkom tu.
Kemudian marah ke Fahmi Fadzil .
Ini nak beritahu, J-Kom itu di kepalai oleh sdra Prof Agus manakala Kementerian Komunikasi Digital itu sdra Fahmi. Kuasa yang tinggi itu duduk di bawah tangan Fahmi, bukan Agus. 2 entiti agensi yang berlainan cuma keduanya terkait kepada penerangan & komunikasi.
Sayugia di ingatkan, Gobind
Singh Deo sewaktu PH memerintah 2018...dia telah tutup Jasa ni. Hampir
800pekerja Jasa ketika itu merintih menangis kata anak bini nak makan. Apa yang
tidak Jasa itu lakukan semasa BN memerintah...suami tulis isu kerajaan pun di
tukar ke Sabah. Isteri cikgu rasa tak puas hati, di hantar ke tempat lain.
Ahkirnya bila di bubarkan, hampir 800 pekerja di serap ke pelbagai agensi
seperti SKMM dll.
Apabila Muhyiddin tebuk atap,
Saifudin Abdullah bekas ahli parlimen Temerloh ketika itu hidupkan kembali dengan
nama J-Kom. Sudah tentu ratusan ahli J-Kom itu pro kepada Muhyiddin Yassin.
Kemudian hat mana pekerja
kontrak J-Kom yang dah tamat, di teruskan oleh pentadbiran Ismail Sabri.
Habis PRU15, PH tidak cukup
majoriti mudah. Bukan saja PH, malah semua pihak termasuk parti pis, bersatu,
BN pun tak cukup majoriti. Maka akhirnya YDPA cadangkan Kerajaan Perpaduan tapi Anwar akan lead. Bersatu & PN tolak, BN pula terima dan buang barah yang ada
dalam Umno.
Apakah umno itu bersih ?
Jawapannya, tidak. Dalam mereka ada saki baki yang rapat dengan pembangkang. Apa
jadi dalam J-Kom ? Dalamnya masih ahli yang lama menyokong Muhyiddin, Ismail Sabri
& segelintir 12 orang umno yang cuba kucar kacirkan politik yang Agong tetapkan.
Si Lokman Adam kata, ada 10-12
saki baki masih ada, tapi terikat kepada akta lompat parti. Pemilihan umno yang
terbaru, semua wajah penyokong Zahid Hamidi.
PH di mana Anwar sebagai PM, ikut
konsensus yang di tetapkan oleh Agong menerusi Kerajaan Perpaduan. Dan kerjasama
itu di lihat berjaya dengan TPM1 dari Semenanjung...TPM 2 dari blok Borneo.
Sekali lagi, mengapa dengan
provokasi politik dan deep state ini masih segar ?
Kerana dalam J-Kom itu ratusan
ahlinya masih orang lama. Dalam SKMM itu juga masih ada orang Jasa yang di beri
kerja.
Yang seharusnya Fahmi buat ialah,
beri kata putus semua media tidak kira dari segi media sosial atau media
penyiaran perlu menyokong kerajaaan semasaa & menerangkan semua program yang
kerajaan perpaduan ini buat. Tapi malangnya, hanya 30% maklumat kerajaan di
salurkan...lebihnya di diamkan dengan berdiri sebagai kebebasan media.
Ini yang sdra Fahmi perlu buat.
Jika perlu tukar mana-mana CEO, pengarah, wartawan atau pengarang yang tidak memihak
Kerajaan semasa...ia perlu di lakukan.
Dalam isu terbaru hal untit di
beri slot Biz RTM...sdra Fahmi buleh kata, RTM pilih untit tanpa beritahu
Fahmi, jadi apa yang dia buleh buat.
Inilah kesilapannya. Fahmi
perlu berkeras, kalau jawab panggilan itu buleh...menelefon ketua di RTM itu
takkanlah tak buleh. Banyak lagi orang yang buleh beri analisa dgn lebih baik, cuma di
pejamkan mata saja sebab nak beri sokongan moral pada pembangkang.
Iyalah...katanya berdiri dengan tajuk kebebasan media. Tapi lupa maklumat &
perjalanan semasa kerajaan yang penting itu pula di pekakkan. 👈
Sisi J-Kom pula, kenapa diam ?
Bukan diam...kami lihat Syam Ghaz & Agus itu memang buat kerja. Cuma satu
pertanyaan GM...
Mengapa ratusan ahli J-Kom yang
menulis untuk penerangan sektor kerajaan itu tidak berfungsi ? Jawapannya jelas,
di samping kekurangan dana bawah tangan Agus, ratusan ahli J-kom itu TAK BUAT
KERJA! Hanya terima elaun bulanan saja sehingga tamat kontrak.
Prof Agus & Syam Ghaz tahu
bab ini. Memang ini adalah kelemahan yang J-Kom perlu hadap. Jika buang semua
sebagaimana Gobin Singh Deo buat satu ketika dahulu, memang akan bermasalah sikit.
Pegawai J-Kom yang ambil elaun bulanan itu akan habis kontrak, jadi biar ia
berjalan dengan sendirinya ibarat tarik rambut dalam tepung, tepung tak
berselerak.
Ya, lokman adam buat sesi
penerangan di Youtube itu bagus. Tapi ingat, sebelum kontrak tamat...dalam tu
masih ada orang Muhyiddin Yassin & Ismail Sabri lagi.
Tapi kalau berkira-kira nak tukar
Agus & naikkan Lokman Adam, itu bukan pilihan yg terbaik apatah lagi di
sisi lain mmg ada org parti dalaman yg cuba ganggu gugat Jakom bawah tangan
Agus demi keuntungan peribadi.
J-Kom dh cukup baik di bawah
tangan Agus. Cuma Fahmi sebagai menteri KKD perlu bergerak lebih berani & lebih
keras... (Warning @ tukar) Bukan lembik semacam.
Yang berkarya:
Gino Marvela
WRLR