JANGAN TERLALU GUNDAH… DIA ANWAR IBRAHIM
NORMAN RADZUAN
Bukan mudah ubah perkara yg sudah menjadi budaya. Kita diserang
dari luar dan dalaman (deep state ). Jika diambil tindakan dikatakan kejam, tak
ambil ditindakan diserang kawan. Ia saat paling sukar utk pimpinan2 kita tetapi
mereka tetap usaha keras atasinya.
Ia memang diakui ada kekurangan dan kesilapan kita tetapi
pengajaran kerajaan 22 bulan byk mengajar kita utk tidak melakukan kesilapan yg
serupa. Bagaimanapun bukan mudah kerana mereka telah lama bertapak dan menapak
org2 mereka.
Kerajaan Perpaduan bukan sahaja diserang secara dalamam tetapi
hebat diserang dgn kekuatan medsos tanpa berhujah dgn fakta. Malah memainkan
sentimen perkauman dan agama utk membangkitkan semangat perkauman yg menjadi
selling point pembangkang adalah sgt tidak bertanggungjawab.
Hinggakan pendokong kerajaan yg ingin reform menjadi panik. Bagi
saya kita boleh berasa bimbang tetapi tak perlu terlalu panik. Kita tenang dan
susun jentera. Ia perlu sokongan semua tanpa kita menuding jari mencari
kelemahan rakan2.
Selalu saya katakan kita perlu attacking secara ‘kenduri’. Ingat
the best defence was attack. N then we must lead and let them follow us bukan
kita always one step behind them. PMX sdg berusaha keras utk memastikan
kerajaan Perpaduan Madani ini dpt memulihkan ekonomi negara dan keyakinan
rakyat.
Kata PMX, “ Kamu cuba rampas kuasa silakan tapi kami lawan dgn
keris.” Keris itu sebagai simbolik kepada pahlawan Melayu. Masih ingat kata2
Anwar waktu menjadi pembangkang…” Sang Naga bisa ku lawan ini kan pula cicak
mengkarung” ( amaran beliau bahawa Mahathir dia lawan inikan pula Najib ketika
itu ).
Kata saya Anwar Ibrahim ‘waktu tiada kuasa dia jatuh dia bangun
dia lawan… inikan pula bila dirinya mempunyai kuasa.’
Beliau simbol kekuatan kita berpuluh tahun utk lawan
kemunafikan, melawan ditaktor, melawan perasuah tanpa rasa takut, lelah dan
patah semangat. Dahulu menjadi Ketua Pembangkang dia berlari dan kini menjadi
Ketua Kerajaan dia masih terus berlari. Mengapa kita perlu berjalan
ditinggalkan?
Ketika ini Anwar juga masih memerlukan kita utk melawan fitnah
lawan yg dlm ketakutan. Seorang Jeneral Perang yg hebat… kehebatannya kerana
Jeneral itu mempunyai bala tentera yg sekentalnya.