MUNGKIN INI SALAH SATU PUNCA KETUA PEMBANGKANG TIDAK HADIR KETIKA Q&A BERSAMA PM. PM PUNYA AKSES DALAM SEMUA HAL BERKAITAN KEWANGAN DAN KETIRISAN




 

Anak Ketua Pembangkang yang juga bekas Menteri Dalam Negeri ketika PN dalam kerajaan, Hamzah Zainuddin, diheret ke mahkamah bersama seorang lagi rakan perniagaannya atas sembilan pertuduhan mengenai perlanggaran berhubung subsidi minyak masak. Baca di https://bit.ly/3mbdGfM.

Muhammad Faizal Hamzah antaranya dituduh telah mengeluarkan invois palsu kepada syarikat peruncit selain daripada memiliki minyak masak bersubsidi melebihi daripada had yang dibenarkan. Wow... Ini baru #BEST. Sampai anak pun ikut dapat faedah.

Ketika PN jadi kerajaan, bekalan bahan asas begitu kritikal. Minyak masak bersubsidi juga amat kurang di pasaran hingga menjejaskan golongan peniaga dan miskin. Nampaknya dah boleh agak mengapa boleh terjadi keputusan bekalan yang begitu teruk.

Rakyat merintih tak dapat bekalan minyak masak bersubsidi. Rupanya ada ahli keluarga pemimpin kerajaan yang simpan melebihi had. Manakala rakyat disuruh gunakan minyak masak mahal. Kita susah, dia kumpul kekayaan daripada kesusahan kita.

Paling kesian dengan walaun. Bermatian 'berjuang' untuk pemimpin mereka sampai sanggup sebarkan fitnah tanpa sedar, kepayahan yang rakyat hadapi berpunca dari pemimpin yang mereka perjuangkan. Tapi walaun tetap takkan sedar. Biar dia susah asal pemimpin yang dia sokong kaya raya. Guane boh?

Raja Gelap

.