SEBUT SAJA NAMA "MARA"- LONGGOK DUIT SEBESAR GUNUNG SEKALI PUN BOLEH MELINGKUP- ELOK SANGAT SPRM SIASAT.

 

UiTM Holdings rugi RM157 juta, KPT alu-alukan siasat dakwaan ketirisan.




KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis
 panduan ditetapkan berhubung pengurusan syarikat pegangan
 universiti, kata Mohamed Khaled Nordin. (Gambar uitmholdings.com)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan dijalankan berkenaan dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157 juta oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings yang dilaporkan media tempatan, semalam.

Memetik laporan berhubung dakwaan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Khaled Nordin, berkata penekanan khusus diberikan oleh KPT dalam perkara yang melibatkan nilai-nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.

Katanya, kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran dan ketidakpatuhan terhadap garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan, sekali gus menyeru pihak-pihak berkenaan memberikan kerjasama sewajarnya.

“Selain daripada siasatan yang dijalankan, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan berkenaan pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu, laporan akhbar bertajuk “UiTM Holdings rugi RM157 juta” yang disiarkan media tempatan mendakwa jumlah itu adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Manakala, keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi tahun 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.

UiTM Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan lapan buah syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.


No comments: