Sebelum balik bertugas di KL, saya telah melawat rumah Pak
Mustafa di Bukit Mertajam. Dia sudah duduk hospital selama 2 minggu kerana
sawan akibat darah tinggi. Buat operation dah 2 kali.
Anaknya Aleya, 19 tahun ialah anak angkat saya. Dia telah minta
bantuan untuk beli barang-barang seperti katil pesakit, mesin sedut kahak,
susu, pampers pesakit untuk ayahnya.
Asalnya Aleya segan sebab dia sudah tamat persekolahan dan tidak
lagi berada dalam program Anak Angkat YB. Tapi saya bagitau dia, saya sudah
anggap semua peserta program seperti anak sendiri.
Saya ada 70 orang anak angkat di Bukit Mertajam. Melayu ada,
Cina ada, India ada. Dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 Atas. Ada yang sedang
study di uni. Semuanya saya sayang macam anak sendiri tak kira yang masih
belajar ataupun yang sudah grad dan mula bekerja.
Saya bawa Aleya untuk beli barang-barang yang diminta dan
berjanji akan menampung keperluan seperti susu dan lampin selama 6 bulan. Aleya
dan keluarga hanya fokus bantu Pak Mustafa berubat. Benda lain jangan khuatir.
Biar ayah sembuh sepenuhnya dulu. Kita sama-sama doakan.
Saya juga nasihatkan Aleya untuk sambung belajar di peringkat
lebih tinggi. Dia kini bekerja sebagai cikgu tadika dan bercita-cita nak
belajar diploma pendidikan awal kanak-kanak. Saya sokong.
Duit nak sambung belajar jangan bimbang. Kita usahakan sama-sama
nanti.
Yang penting, kita jalan teruih.