Gesa siasat parti lain bukti Bersatu ‘ketakutan’, kata Puad. Mana tak takut, tiba tiba 300 juta tak sampai 5 tahun penubuhan parti.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zakarshi, berkata Bersatu tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Gesaan bekas pembantu Muhyiddin Yassin yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akaun parti politik lain membuktikan Bersatu ‘ketakutan’ susulan rekod kewangannya sedang diteliti, kata pemimpin Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata ia “munasabah” untuk siasatan dilakukan terhadap Bersatu memandangkan parti itu, walaupun agak baharu, dilihat mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan pada kempen pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, terdapat juga dakwaan salah laku pemimpin Bersatu yang berkhidmat dalam kerajaan PN sebelum ini.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan akaun Bersatu dibekukan mengikut undang-undang pengubahan wang haram.

Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu itu berkaitan dengan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit yang dimaksudkan untuk pakej rangsangan Covid-19.

Pada 3 Feb, Marzuki yang juga bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin, menuntut SPRM melakukan siasatan terhadap perbelanjaan pilihan raya oleh PKR dan DAP, yang didakwanya berjumlah “beratus juta”

Puad ketika memberitahu FMT, berkata Marzuki tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain. “Muhyiddin sendiri berkata Bersatu bersih dan menolak rasuah. Jadi, berdepanlah siasatan seperti ‘gentleman’,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, berkata rakan komponen gabungannya bersedia berdepan sebarang siasatan berhubung akaun kewangannya.

Anwar berkata, PH sentiasa menghantar penyata kewangannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) secara tahunan untuk diaudit.

No comments: