MANA TAK DENGKI NYA.....




 Mana tak lebai2 ni dengki kat PMX...

 

Waktu Anwar berkempen PRU15, ada yang beri dia guna helikopter dan kereta BMW.  Waktu itu, dia hanya ketua pembangkang je pun.  

 

Bila dia jadi PMX pula, ramai pakar profesional sanggup jadi penasihat dan membantu beliau di kementerian kewangan TANPA GAJI.  Bahkan, anak sulung dia sendiri Nurul Izzah  pun sanggup membantunya TANPA GAJI.

 

Beza dengan PM abah cow atau si tompok sebelum ini.  Dia jadi PM je, berebut nak jadi Menteri dan Timbalan Menteri, terpaksa si Tompok besarkan kabinet sampai 70 orang.  Tak cukup lagi, ramai berebut nak jawatan, lantik pula Penasihat2 bertaraf Menteri.  Tak lagi cukup, si tompok lantik pula Duta Khas bertaraf menteri.  Semua tu bukan free beb.  Ada gaji, ada elaun dan berbagai keistimewaan bertaraf menteri.

 

Waktu si tompok sibuk agih jawatan dan tabur dedak kepada puak2 yang menyokong dia, waktu itu rakyat tengah bergelut antara hidup dengan mati angkara Covid.  Ekonomi tidak terurus hinggakan ramai rakyat terpaksa kibar bendera putih untuk minta makan.  Setiap hari ratusan mati angkara Covid yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan si tompok.  Kes bunuh diri tiba2 naik mendadak akibat tekanan hidup.  Menteri2, penasihat dan duta khas terus makan gaji buta.  Harga barang terus melambung, nilai ringgit jatuh teruk akibat ekonomi yang hancur.

 

Terlalu banyak bezanya PM kerajaan tebuk atap jika mahu dibandingkan dengan kerajaan perpaduan yang membentuk Malaysia Madani sekarang.  Kerajaan sekarang baru berusia dua bulan lebih, tapi terpaksa bekerja kuat mencuci "taik-taik" yang merata2 ditinggalkan oleh si tompok dan gerombolannya.  PMX bekerja siang malam tanpa cuti dan tanpa gaji.  Sikapnya itulah mendatangkan simpati kepada beberapa rakannya yang sanggup membantu tanpa gaji juga.  

 

Kita wajib bersyukur kerana Allah pinjamkan seketika insan yang bernama Anwar Ibrahim ini untuk memulihkan negara kita yang tercinta ini.  Biarlah gerombolan pengkhianat itu setiap hari menfitnah PMX dan setiap detik mereka berfikir bagaimana untuk melakukan khianat lagi.  Selagi ada iblis dan syaitan, selagi itulah akan ada para pengkhianat.

 

WFAUZDIN NS