MEMANG ELOK LAH- YANG RAJIN FITNAH NI BANYAK WALAUN LEBAI DAN CAI -KALAU NAK BIARKAN PESEPSI BERLEGAR- MEMANG JATUH LAH KERAJAAN. SEBAB ADA MENTERI PUN TAK MAMPU LAKUKAN APA APA..NAK HARAPKAN MARHAEN JAWAB BUTA SAJA SEDANGKAN PIHAK PEMERINTAH TAK BERBUAT APA APA DAN ITU AMAT MALANG.

 


Kerajaan perpaduan tubuh jawatankuasa tangani fitnah, urus PRN.




Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Sekretariat kerajaan perpaduan di ibu pejabat Umno di Menara Dato’ Onn.

KUALA LUMPUR : Sekretariat kerajaan perpaduan yang mengadakan mesyuarat pertamanya malam ini bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa bagi memberi pandangan mengenai dasar kerajaan dan isu berkaitan pilihan raya serta strategi.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiga jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Komunikasi Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda dan Politik.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Jawatankuasa Komunikasi Strategi akan berdepan komunikasi dan kenyataan fitnah melampau terhadap kerajaan.

Sebagai contoh, kata Anwar, isu pembakaran al-Quran di luar negara baru-baru menyaksikan ada beberapa tokoh agama mendakwa kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap isu berkenaan.

“Dalam fitnah ini ada tokoh-tokoh agama yang kata kita (kerajaan) tidak berbuat apa-apa, sedangkan kita membuat kecaman keras, menteri luar juga ada memanggil Duta Sweden dan saya sendiri turut mengumumkan pengedaran sejuta naskah al-Quran,” katanya.

Katanya, Jawatankuasa Perundingan Kerusi akan menumpukan kerjasama antara parti dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan mengukuhkan kedudukan parti-parti gabungan yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Jawatankuasa ini akan merencanakan hal-hal PRN terutamanya dalam pembahagian kerusi untuk memastikan kita punya tapak dan kesepakatan yang kukuh antara parti termasuk Sabah dan Sarawak.

“Pengarah pilihanraya setiap parti politik yang membentuk kerajaan perpaduan akan menyertai Jawatankuasa Perundingan Kerusi ini yang akan bersidang dalam masa terdekat,” katanya.

“Pengerusi setiap jawatankuasa akan ditentukan kemudian, manakala terma bagi setiap jawatankuasa ialah memastikan setiap dasar-dasar disepakati bersama selain diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Sekretariat juga akan memberi pandangan tentang dasar kerajaan dan memastikan semua pandangan diambil kira dalam merumuskan dasar-dasar yang akan dibuat,” katanya yang memberitahu sekretariat itu akan bermesyuarat setiap bulan.

Mesyuarat malam ini dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah serta pimpinan PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Warisan.


No comments: