MENANTU BERTUAH- SAPU DUIT BAGI PADA MENANTU. PUAD TANYA MENANTU SIAPA? DAH AMBIL TINDAKAN KA BELUM ?

 

Siapa ‘menantu’ yang Anwar maksudkan, soal Puad.



Puad Zarkashi berkata, beliau sebelum ini memuat naik laporan mengaitkan menantu Muhyiddin Yassin dengan sebuah projek imigresen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno cuba mencadangkan menantu Muhyiddin Yassin mungkin menantu yang tidak dinamakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika bercakap mengenai kroni dan saudara-mara yang diberikan kontrak lumayan.

Dalam catatan malam tadi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata: “Siapa dia dan dia menantu siapa?” apabila merujuk kenyataan Anwar pada Isnin.

Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata, beliau terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat.

Tetapi, katanya, mereka yang “memberikan kontrak berbilion atau ratusan juta ringgit kepada anak atau menantu atau kroni ketika mereka berkuasa” tidak wajar menyuarakan bantahan.

Puad berkata, dalam catatan sebelum ini, beliau mempersoalkan pembabitan menantu bekas perdana menteri, Muhyiddin dalam sebuah projek kerajaan bernilai RM1.16 bilion.

“Semoga ada pendedahan, tindakan dan pendakwaan diambil dalam masa terdekat, jika wujud rasuah dan salah guna kuasa,” kata Puad.

Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan dinamakan dalam laporan media pada 2020. Beliau dikaitkan dan mungkin merupakan pemain utama dalam satu konsesi sistem imigresen.

Menurut laporan The Vibes, Adlan didakwa mempunyai kaitan dengan seorang daripada pendahulu projek itu, penyedia penyelesaian keselamatan S5 Holdings Inc.

Tetapi, Pengarah Urusan Kumpulan S5, Syed Mohammad Hafiz Jamalullail dipetik The Edge pada 2021 berkata, dalam kalangan hubungan politiknya, termasuk Adlan, tiada orang yang terbabit dalam S5.

Projek yang didakwa ada kaitan dengan Adlan itu ialah Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS), sistem berkomputer untuk kawalan pasport dan visa.

Sistem itu dilapor dicadangkan Muhyiddin ketika menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020, selepas Sistem Kawalan Imigresen Nasional dibatalkan Muhyiddin akibat kos tinggi.

Kos NIIS dianggarkan sekitar RM1.2 bilion, kira-kira 66% kurang daripada kos projek terdahulu yang bernilai RM3.5 bilion.

No comments: